Friday, 27 February 2015

Cutiiiiii...

Assalamualaikum...

Pagi-pagi lepas subuh terus buka lappy dan online. Tengok-tengok ada Zach, kawan chat cina yang baru kenal kelmarin tu. Awal tul dia online, tak sangka lak aku. Chat dengan dia lama gak la sebab dia guna hp. Mak nak pergi ke Mambau nak tolong2 kat kenduri Syikin tunang harini. Pukul 10 nanti makcik Rapi datang jemput mak. Pukul 8 lebih mak ajak pergi ambil duit, so boleh la aku topup altel dan isi minyak sekali (bukan apa, semalam mak de bagitau Ahad ni minyak dah naik harga balik).

Lambat juga lah makcik Rapi sampai sini dalam pukul 12, sampai mak pun penat tunggu. Aku ada gak la bagi coklat Daim kat mak untuk bagi kat makcik Rapi. Ada banyak lagi daim kat rumah ni. Coklat skitties, feraro rocher dan toblerone pun ada lagi. De gak keluarkan bahan-bahan nak buat spaghetti dan pizza. Harap2 rajinlah nak buat kan...


Hehehe... akhirnya berjaya gak buat pizza... jangan minta resipi ye.. ni pizza percubaan, hanya untuk santapan dan komen sendirian berhad sahaja. Malam tu, ngantuk so tidur awal. Cerita tv pun tak best je... Lagipun esok nak pergi kenduri kawin kat Mambau, Negeri Sembilan. Tetiba nak tidur tu, hujan turun...bestnya sebab sekarang ni musim panas. Takde benda sangat nak cerita.. Daaa... tatitu..

No comments:

Post a Comment