Monday, 23 February 2015

Hari yang ceria...

Assalamualaikum...

Pagi-pagi lagi PK HEM dah bagitau ada taklimat SPBT dari 25-27 Februari ni. Hmmm... masalahnya nak cari data enrolment dan statistik untuk tujuan pinjaman buku teks 2016. Mungkin kali ni lama sikit sebab baru nak belajar cara-cara nak isi eSPBT. Sebelum ni guna hardcopy je. Masa perhimpunan tu cikgu mat bagitau takde aktiviti koko sehingga diberitahu. Panas kan sekarang, boleh memudaratkan budak-budak dan juga cikgu-cikgu...hehehe. Most of 6B pupils tak buat kerja rumah..penat rasa nak marah budak sebab harini mood marah belum datang lagi. Hehe.. Pelajaran harini ialah tentang parts of the body dan cara-cara mencari perkataan dari dictionary. Kelakar gak sebab berebut dictionary dengan kak mas. Pastu cari plastik laminate, berebut gak dengan kak fid. Bagi gak la dia.. hehe. Mana leh lawan kakak. Lepas dah isi bahan-bahan HEM dalam plastik laminate, kena tunggu lak mesin laminate kat Farhana. Rupanya lepas dia guna, turn Erniza pulak. Bila Engku masuk, dia nak guna gak. Aku kata tunggu giliran... merajuk lak dia, kata esok nak bawa mesin streka untuk laminate. Ekekeke.. sabo jela.

Masa kul 12.30 ada kelas 4B, rasa penat dan ngantuk la pulak. Mungkin sebab musim panas. Aku pun buat senaman sikit dengan budak2 tu sebab diorang pun nampak cam ngantuk je. Lepas abis kelas rasa cam tak leh nak tahan ngantuk sangat. Cuba print kat printer Jiwa tak nampak pun dakwatnya. Lepas tu try kat pejabat. Nasibaik de Zurinah, GB dan Waha tolong print guna fotostat...kelas gitu. Lepas tu baru pergi kat SPBT dengan Syuura untuk kita stok SPBT. Nasibaik dah solat awal, sebab abis pukul 6. Tengok2 bilik guru dah berkunci, terpaksa panggil Syuura tolong bukakan pintu tapi tak leh gak. Pastu dia pun masuk ikut cermin pecah tu. Kesian beg aku semua ada kat dalam bilik guru dah kena kunci, nasibaik Syuura jadi penyelamat. Heeeee. Tu la sape suh balik lambat sangat... huhu. Nak buat camne kan, lusa dah kena p bengkel, so kena siapkan sebelum pergi tu la.

Sampai rumah baru terasa lapar...solat dulu baru makan dan pastu mandi basuk kepala sebab panas sangat. Malam dah rasa ngantuk sangat. Lepas solat isyak dah landing... Panas2 ni takde mood nak buat apa.. Ok la ... Daa dulu.. tatitu.

p/s Terima kasih teletubbies sebab jadi orang pertama komen kat blog akak ye. Heeee

No comments:

Post a Comment