Tuesday, 24 February 2015

Panasnya hari ini..

Assalamualaikum...

Pagi ni ingatkan nak bangun awal sebab semalam tak taip lagi makumat untuk enrolment dan unjuran untuk dibawa ke Bengkel e-SPBT di SMK Kelana Jaya esok. Semalam tengah hari sampai malam rasa penat sangat, mungkin sebab hari yang sangat panas. Nasibaik malam semalam aircond tu terasa sejuknya sampaikan tak terbangun awal seperti yang dirancangkan. Bangun-bangun dah pukul 6, terus mandi dan solat. Sempat taip untuk enrolment murid aje. Tu pun dah lambat ke sekolah tapi sempat lagi bawa bekal sebab hari ini ada meting dah plan untuk buat kerja sikit di sekolah.

Sampai di sekolah agak lewat, dalam pukul 7.15... mula-mula kelas 4a dan 6b. Hari ini aku mengajar mereka cara-cara untuk menggunakan kamus. Bestlah sebab tak payah berebut ldictionary lagi dengan kak mas sebab dia ke PPUM. Kerja rumah kena la beri sebab esok hingga Jumaat aku tiada di sekolah kerana menghadiri bengkel. Lepas rehat ada ceramah dari syarikat Hasbro. Aku gunakan masa ini untuk selesaikan enrolment dan unjuran e-spbt dan print di tempat Syahidan dan Engku. Lepas dapat tandangatan Puan Safiah dan Encik Syed, terus ke mesyuarat di Bilik Wawasan. Ada 3 meting serentak hari ni, mesyuarat merentas desa, mesyuarat ajk pibg dan mesyuarat MTQSS. Semua buat sekali harung.

Semua meting tu habis lebih kurang pukul 2.30 petang. Lepas tu pergi solat dan lepas tu berborak dengan Leney dan Yati di surau. Harini kena balik awal sikit sebab nak cari SMK Kelana Jaya untuk bengkel esok, kalau rajin boleh pergi Giant. Heeee...

No comments:

Post a Comment