Assalamualaikum...
Rindu lak dah hampir seminggu tak masuk sini... hahaha poyo la tu. Sibuk la weh dengan kerja-kerja sekolah.. nak buat filing lah, nak buat bahan-bahan untuk tampal kat board HEM dan SPBT. Tu belum lagi dengan aktiviti kokurikulum kat sekolah. Kokurikulum macam tahun dulu-dulu, Kelab SPBT dan Puteri Islam pada hari Rabu pukul 2-4 dan bola jaring pulak hari Selasa pukul 3-5 petang. Aku ni tak ingat pulak masa ajar kelas tambahan hari Rabu tu yang masa yang sama ada kelab SPBT. Ingatkan sempat la masuk SPBT sebelum start, rupanya dah start. Kesian budak-budak tu berkeliaran, cikgu-cikgu lain tu takde. Hmmm...rupanya Syura ada meting, yang lagi dua tu ntah kat mana, mungkin silap aku gak tak minta diorang tolong awal-awal sebab ingatkan sempat tadi.
Rabu tu ada latihan merentas desa (haritu semput pulak time berlari dengan budak-budak hehe nasibaik tak pancit). Awal-awal pagi masa nak tulis nama kat buku kedatangan, dapat tau Azmi dapat pindah ke SK Tepus, Bukit Besi, Terengganu. Wah seronok dia dah bertahun gak minta, ni dapat terkejut gak la. Tapi kami semua terasa kalau dia takde, maklumlah orang baik, seorang guru yang hebat dan berdedikasi dalam tugas. Budak-budak semua suka dan menangis bila dapat tau dia nak pindah. Ramai gak la murid yang beri hadiah. Khamis tu ada Ladap kebakaran kat Bilik Wawasan.. Ladap terakhir Azmi kat sini. Lepas abis tu tengok-tengok banyak pizza hut kat bilik guru. Azmi belanja.
Khamis malam jumaat dapat mesej wechat dari Dad kata Tuan Guru Nik Aziz dah meninggal tapi mula-mula tu was-was gak tapi lepas tengok mesej dari kak mas dan kat astro prima baru percaya.. Innalillah... dan takziah kepada keluarga Allahyarham. Moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Rasa sedih pulak sebab ilmu dan amalan aku yang sedikit.. apakah aku sudah bersedia?
Jumaat lepas sekolah ada jamuan perpisahan untuk Azmi. Sedaplah nasi hujan panas, ayam masak merah, dalca, acar dan air chrysantimum Pakdin buat. Siap tanya mana dapat bunga chrysantimum tu lagi tapi Pakdin tak nak bagitau... hahaha. Yang penting aku dah tanya..just trying my luck je. Leney siap buat kek dan deko2 gitu...wah cantik la cheese keju dia....
Harini pagi-pagi tadi sempat tengok fb.. Tchercollection. Best gak tengok macam2 bbm dan bahan boleh tampal kat dinding sekolah. Punya la tak sedar dah lewat nak ke Perjumpaan Ibu bapa tahun 6, cepat-cepat makan dan ke sekolah. Fuh nasibaik sempat sampai just in the nick of time... GB dan semua PK tak datang la harini (Mak mertua GB jatuh kat toilet pagi tadi so dia tak dapat datang, PK2 pulak kes missing in action hehehe) ... Memang betul-betul perjumpaan guru-guru tahun 6 dan ibu bapa la. Lebih dua jam Syahidan bercakap. Waa... memang boleh jadi guru besar dah tu aku tengok. Lepas abis tu ramai-ramai ke Grand Blue Wave untuk jamuan perpisahan Azmi tapi kali ni takde PK. (Belum belajar cara nak masukkan gambar dari henpon kat dalam laptop, nanti dah belajar, aku letak dalam ni ye) Makanan kat situ boleh tahan lah, sempat la 5 hidangan huhu. Kesian mani kesejukan. Pergi sana naik kereta kak Fid tapi balik dengan Rau sebab kak fid nak jalan-jalan dulu kat kompleks PKNS.
Sampai kat rumah, panas betul la tapi adik kata kat rumah dia hujan lebat gak. So siap-siap ambil dia kat rumah sana... Eh betullah kat sana hujan lebat tapi dah berhenti padahal kat sini panas. Malam ni baru dapat tulis balik kat sini.. So.. panjang tak post aku hari ni? Haha.. kesian sape yang baca kan? Mesti bosannnn weh. Ok la nak out dulu sebelum ada yang muntah darah. Daa...tatitu...
p/s... Happy birthday untuk orang tu k..
No comments:
Post a Comment