Monday, 9 February 2015

FAILING, BOARD DAN KEPENATAN YANG CUBA DITAHAN...

Assalamualaikum...

Ni nak cite sikit pasal hari Sabtu dan Ahad lepas. Dari pagi sampai malam buat kerja sekolah...dari bahan-bahan untuk fail HEM, fail SPBT, board HEM dan board SPBT. Rasa letih mata nak buat tapi seronok sampai tak perasan dah lewat. Biasalah kalau dah seronok tu tak sedar masa berlalu.... Sabtu tu aku start pukul 9 lebih sampai pukul 7 malam lebih. Maknanya dalam 10 jam gak la buat. Tapi kan... sibuk-sibuk tu sempat lagi tu buat nasi arab kabsa. Tak faham gak resipi dia tulis tu tapi aku buat gak la. Wah sedap nasi tu, takde la rasa mual macam nasi briyani yang biasa buat tu. Pukul 5 pergi ambil adik kat LRT Taman Bahagia pulak. Selain dari tu memang mengadap laptop je la buat kerja-kerja sekolah. Malam tu memang rehat sebab badan penat dan mata dah letih. Bola kat tv pun tak tengok.. mak dengan adik je yang tengok. Masa tu layan whatsapp dan wechat je.

Ahad tu pulak makan nasi lemak mak buat pagi-pagi. Mak memang dah niat nak buat nasi lemak untuk adik sebab tiap-tiap minggu adik datang, asik nasi goreng je. Heeee.... Pukul 12 macam tu baru nak start sambung buat kerja sekolah semalam sampai pukul 12 tengah malam tapi ada la berhenti kejap nak hantar adik balik dan beli minyak kereta. Pening kepala tengok banyak nak kena buat untuk fail SPBT. Pukul 12 baru terasa pedih mata, jadi berhentilah tidur.

Harini ada perhimpunan, kak fid yang berucap. Lepas-lepas tu ada masa free, aku pun laminate bahan-bahan untuk board HEM dan SPBT. Lepas sekolah aku dan Leney tampal-tampal kat board HEM. Petang ni ada aktiviti kokurikulum bolasepak dan pingpong. Budak pingpong tahun 3 ada 9 orang je. Kesian cikgu Jaja dan Najma, budak-budak tak ramai.

No comments:

Post a Comment