Thursday, 26 February 2015

Penatnya mengisi dan menunggu data espbt...

Assalamualaikum...

Pagi ni pergi lagi ke SMK Kelana Jaya untuk mengisian espbt. Tapi sebelum tu pergi sekolah dulu sebab nak tengok berapa jumlah murid kat sekolah kat APDM. Mula-mula bagitau gb apa yang buat semalam sebab masa tu cikgu Waha tak sampai lagi. Dah abis kat bilik gb, masuk kat bilik guru ada dah cikgu Waha. Dia bagitau apa id sekolah dan password, pastu buka dan tengok lah kat situ. Aik ada 2 kelas tak masukkan nama murid rupanya. Ish ni kena tegur la. Takkan nak buat tak tau je ada budak baru masuk kelas.

Hmm.. tapi aku kena buat kerja aku ni dulu. Dah la kena isi selewat-lewatnya esok. Lepas betulkan balik unjuran dan lampiran f, print pulak kat bilik Engku. Drive cepat2, tu pun dah pukul 9.20 baru sampai sekolah tu. Tapi nasibaik tak ramai cikgu datang harini. Aku buat tapi asik loading je lepas pukul 11 tu. Last-last, sambil makan, sambil tunggu dia loading. Best gak makanan kat sekolah tu. Pukul 1, ramai dah balik so aku pun malas nak tunggu lagi. Lagipun buang masa je tunggu loading. Baik pergi sekolah balik, boleh gak siapkan rph sementara tunggu loading tu.

Kat sekolah ada lagi cikgu2 yang biasa balik lambat. Aku buat kerja tu kat pejabat sebab sejuk ada aircond. Hehehe.. Mula-mula tu sama je, asik loading je so aku buatlah rangka rph dulu sambil borak dengan Leney. Lepas tu hujan rahmat turun, masa tu la baru laju espbt. Aku pun buatlah benda tu. Alhamdulillah sempat siap, cuma ingat dah balik nanti baru nak cek. Masa tu nak dekat pukul 7 pun. Sekali balik dengan leney sebab dia buat template untuk kelas dia.

Sampai rumah dah penat. Tanya kat group betul ke ada 118 item, so liza kata betul. Tapi aku masih tak berani nak sahkan lagi. Esok kena pergi sekolah tu lagi supaya takde rasa gusar. Malam tu aku cek dan print benda tu. Mula2 tak leh nak print, rupanya dia lambat print. 30 minit baru keluar.

Sambil-sambil tu sempat lagi aku masuk cb sahabat dan tagged. Ada wak, N dan tierah kat sana. Malam ni for the first time dapat kawan berbangsa tionghua kat tagged. Ok gak dia pandai BM. Tak rasa macam chating dengan orang cina, sampaikan mula-mula ingat dia ni melayu. Patutlah dia tak jawab salam. Lepas tu leh lak tertidur ... last-last laptop pandang aku. Ok la,tu je setakat ni. daaa..tatitu

No comments:

Post a Comment