Sunday, 1 February 2015

Ilham entri dari kawan-kawan...dan harga minyak yang turun..

Assalamualaikum...

Semalam ada gak tanya2 kat kawan-kawan apa nak post kat blog ni. Sebenarnya buntu gak la kan nak post entri pe lagi... Takkan nak membebel lak kan sorang2 je keje. Kang orang kata gila lak. Ekekeke.. So ada gak la budak-budak ni bagi macam-macam ide. Kawan-kawan chat ni rupanya ada idea yang kreatif gak la. Antara idea yang diberikan:

1. ruangan cerpen/novel (ni idea qis)
2. ruangan masakan (idea siapa ni.. rasanya dari qis/fa/huda)
3. entri pasal thaipusam (idea dari kunam... lusa kan thaipusam... hehehehe)
4. ruangan memancing ( ni idea qistina.. dia suruh tanya cak pasal ni, malangnya aku tak minat mancing)
5. entri tentang 'Kasih dalam diam: Bagaimanakah rasanya? (idea dari nana)
6. entri tentang 'Penguin dengan ayam serama' (idea mengarut ni dari sape lagi kalau bukan dari pungi.. ehhh pingu....ekekeke)
7. entri tentang loghat negeri (idea Mia)
8. entri pasal melatah (idea Mia gak)

So aku tak leh la nak ambil semua sekali harung. Mungkin akan ambil satu-satu dulu. Best gak de idea nak letak apa.. Takde la macam hambar je kan? Wahhh best-best.

Oppss .. Lupa lak nak komen pasal harga minyak yang mula turun hari ini...Mulai 1/2/2015 iaitu hari ini, harga minyak turun seperti berikut:

1. RON95  RM1.92 (turun RM0.21sen) = RM1.71
2. RON97  RM2.11 (turun RM0.11sen) = RM2.00
3. Diesel    RM1.94 (turun RM0.23sen) = RM1.71

Dah lama gak minyak tak turun harga banyak macam ni. Tapi kan, minyak turun harga ni, barang-barang lain ada turun harga tak? Selalu tu, baru ada ura-ura harga minyak nak naik je pun, harga barang-barang lain akan naik dulu. Kita tengok dan lihat je. Tapi aku rasa susah la nak turun..sape yang nak rugi kan? Lagipun katalah ada sorang tu nak turun harga barang, dia tengok orang lain tak turun, adakah berbaloi dia buat camtu..

Ok la dah mula mamai ni... Ada masa aku sambung lagi. Daa... tatitu

No comments:

Post a Comment