Saturday, 21 February 2015

Yus... this post is for you

Assalamualaikum..

Wah...hari ni rasa lain pulak masa tulis post ni. Bukan apa, seorang kawan baik dah tengok blog ni dan dia ada beberapa komen yang menarik.. Nanti aku bagitau step by step cara yang download gambar dari henpon ke dalam laptop ni bila ada waktu terluang ye. Pagi tadi rasa malas nak buat kerja sekolah, tengok tv je. Lepas solat zohor baru start buat kerja sekolah... huhu. Macam pelik kan buat kerja time cuti. Tapi bagi cikgu-cikgu abad ke 21, dah biasa buat kerja sekolah time cuti, bawa balik kerja sekolah ke rumah. Ada sorang kawan ni ingat kerja cikgu mengajar dan menanda buku murid je, rupanya salah sama sekali. Aku pun dulu fikir macam tu gak...sekarang ni baru tau banyaknya kerja cikgu. Lepas sekolah abis, memang takde la boleh balik terus rumah. Siapkan kerja sekolah mana yang patut. Kerja-kerja failing ni macam tak pernah siap. Tu belum lagi dengan aktiviti ko-kurikulum dan pressure budak-budak tahun 6. Target tahun ni 85% tak boleh lupa. Adoiii... kena work really hard to achieve the target.

Pukul 3 pergi rumah abang dengan mak, tidur kat sana. Abang dan kakak ipar balik kedah so adik je sorang2 kat sini. Mak kesian kat adik la ni sebab takde orang nak masak dan sorang2...hehehe. Yang best kat sini sebab ada wifi streamyx laju. Sambil buat kerja sekolah, sambil chat dan dengar radio. Sambil tu boleh request lagu kat dj. Malam sambil buat kerja, sambil tengok bola selangor vs jdt.

Ada kawan chat ni bagi link blog dia. Wah best dapat baca post tentang cerpen, puisi dan sajak kat situ. Aku ingat nak cari balik sajak lama-lama dulu (buat masa belajar dulu) Sekarang ni otak ada tepu sikit nak buat benda2 tu. Ok la korang.. dah pukul 12.33 tengah malam ni... dah ngantuk dan takde idea nak tulis apa daaa... tatitu...

No comments:

Post a Comment