Assalamualaikum...
Harini jalan clean and clear la kata cikgu-cikgu ni. Bukan apa, harini KL kan cuti sempena Hari Wilayah jadi jalan tak la jem macam selalu. Aku mula-mula sampai tu ada gak lah rasa pelik sebab dah banyak kereta kat sekolah. Masa tulis nama pun nama aku dah nombor 20 padahal aku sampai macam biasa je. Rupanya sebab ni la..
Hmm ingatkan pukul 1.30 nanti ada mesyuarat Tahun 6. Aku abis kelas pukul 11.30, jadi teruslah pergi ambil kunci Bilik Wawasan di pejabat sebab nak buka bilik tu dan pasang aircond awal-awal supaya bilik tu takde la panas sangat. Tengok-tengok lepas tu bila aku buka whatsapp, ada info kata mesyuarat di batalkan. Masa tu dah jam 12.30 kot. Hmmm...aku pun naik atas balik dan tutup aircond. Sebenarnya dah kerja aku buka aircond dan pastikan kekemasan Bilik Wawasan tu dari dulu. Penat tau Ustazah Yah dan aku nak hias bilik tu dulu dari bilik tu plain dan tak ceria langsung kepada wajahnya sekarang. Bila ada masa aku, cuba snap gambar dan paste kat sini ye..
Harini balik agak lewat. Sebenarnya takdelah plan nak balik lewat sangat tapi memang tengah buatlah kerja-kerja failing untuk HEM. Masa tengah buat takwim HEM, aku rasa lapar pulak. Masa tu dah tinggal berapa orang je kat bilik guru. Syuura ajak makan kat kantin. Masa nak pergi ke kantin tu, terjumpa kak Mas dan guru besar depan pejabat. Kak Mas kata .. korang ni tak yah pergi kantin. Aku ni baru balik dari kantin dan tutup. Hehehe.. mungkin sebab esok cuti jadi kantin tutup awal. Jadi aku ajaklah syuura dan anaknya Amir pergi makan kat SUKOM. Banyaklah yang kami borakkan. Lepas tu syuura terus balik ke rumah sebab rumahnya kat belakang SUKOM tu je. (Harini dia tak naik kereta sebab tetiba pagi tadi masa nak start enjin, enjin tak boleh start)
Bila sampai kat sekolah, tinggal kak Fid yang sedang solat dan ustaz di bilik guru manakala yah dan yati tengah menghias bilik jqaf. Aku sambung buat takwim HEM sampai habis. Masa tu dah takde mood sebab semua dah takde kat bilik guru. Aku pun balik la, lagipun esok kan cuti...
Ok lah. Aku nak away jap... Nanti sambung balik. Daa... tatitu...
No comments:
Post a Comment