Assalamualaikum..
Hari ni bagi budak2 tahun 4 banyak aktiviti menulis. Nak ajar mereka lebih laju dari sekarang. Perasan gak budak-budak tahun ni menulis lagi lambat dari batch tahun lalu. Hmmm..kena latih mereka menulis banyak-banyak tiap-tiap hari supaya nanti bila tahun 6, mereka takde masalah kekurangan masa semasa menjawab soalan kalau ada UPSR nanti. Kat kelas 4B, aku bagi rehat pada siapa yang dapat menyiapkan kerja mereka. Last-last tinggal 6 orang budak.. aku pun suruh mereka hantar buku walaupun tak siap. Masa tu tinggal 8 minit lagi nak abis waktu rehat. Sekurang-kurangnya mereka telah mencuba untuk menghabiskan kerja mereka untuk hari itu.
Lepas tu aku terus pergi ke Bilik Mesyuarat untuk on kan aircond. Dah jadi kebiasaanku dengan tugas tersebut. Pukul 12, loceng dibunyikan bagi memberitahu pengawas supaya menjaga kelas ditugaskan. Mula-mula Puan Safiah memberikan amanat beliau dan diteruskan dengan perutusan PK HEM iaitu Encik Syed. Ada 18 point yang dimaklumkan oleh Encik Syed. Fuh! Nampak macam banyak tapi takde la banyak sangat.
Lepas habis meting HEM, ada pulak taklimat 1M1S. Nasibaik PK Koku tak berucap lama. Just nak bagitau yang kena ada ko kurikulum setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. Lepas tu ada pembubaran BKG dan pelantikan baru BKG 2015/2016. Sungguh tidak disangka cikgu-cikgu ni lantik si Dia sebagai pengerusi baru. Kekadang ada gak rasa cikgu-cikgu ni nak kenakan dia. Harap-harap dia cekal dalam menjalankan tugas baru. In shaa Allah. Bila dah habis semua meeting, ada meting tentang pertandingan MTQ sebab sekolahku jadi tuan rumah. Bising PK HEM sebab cikgu2 PI dan jqaf tak masuk meting. Pelik gak kenapa dia masuk meting tu walaupun dia bukan islam.. Siap dua kali dia panggil ustazah2 tu. Ada yang dah balik pun. Hmmm..
Lepas tu, pergi ke bilik pemulihan untuk print bahan-bahan untuk failing sambil borak dengan Leney. Wahhh seronok rasa dapat siapkan bahan-bahan tu. Tak sangka berjaya siapkan banyak gak task hari ini. Terpegun gak aku dengan ABM yang Leney print, cantik sungguh. Tanya la dengan dia buat sendiri ke. Rupanya dia dapat dari website KGM. Aku minta dia add kan nama aku kat sana. Senang nak buat tampal-tampal dan bahan dalam kelas dan board HEM nanti.
Bila masuk kat bilik guru, tengok2 ada kak fid dan kak mas. Ada pulak karipap lebih dari meting MTQ tadi. Lepas makan tu kami semua pun balik. Mana taknya dah pukul 6 pun. Pejabat pun dah kunci. Balik2 tu terus makan... lapar tu. Harini penat tul rasa. Tidur awal.
Tu je la nak tulis... tu pun main sambung2. Ekekeke... ok la ....daaa .. tatitu
No comments:
Post a Comment