Assalamualaikum...
Hari ni ada ada latihan merentas desa jadi aku pun berpakaian sukan lah untuk ke sekolah. Tengok-tengok latihan mula pukul 8, jadi pergi lah ke kelas dahulu. Dalam perjalanan ke kelas 4B tu, aku lihat kelas 3A dan 4A tiada guru. Hmm.... Terfikir ke manakah perginya cikgu-cikgu ni....
Lepas tu murid-murid mula berkumpul kat padang. Cikgu Hazizan yang menjadi moderator untuk senaman ringan sebelum mula berjalan. Hari ini mereka hanya berjalan dan bukan berlari semasa mengikuti trek sebenar pada hari kejadian. Best juga dapat berjalan jauh hari ini. Tak ada pulak rasa penat atau semput, tak tau la pagi esok camne masa nak bangun itu. Hehe.
Lepas abis tu, aku dan yah pinjam duit Leney masa nak beli nasi lemak dan air barli kat rumah atok sebab kunci kereta ada dengan Shilla. Then buat lesson plan pulak. Pukul 11 ada Mesyuarat Tahun 6 pulak. Kesian pulak dengan Azmi.
No comments:
Post a Comment