Wednesday, 25 February 2015

Taklimat dan bengkel eSPBT

Assalamualaikum...

Harini ada taklimat dan bengkel espbt kat SMK Kelana Jaya. Dekat je so macam malas nak pergi awal-awal. Sampai kat situ dalam pukul 8.50 pagi, duk fikir nak letak kereta kat luar ke dalam. Pastu pak guard dia macam nak tanya. Dia suruh parking kereta kat dalam. Fuh selamat. Masa tu banyak lagi parking, baru beberapa orang yang sampai. Lepak kat kantin dulu dengan Yan dan Haliza dan beberapa orang JU. Lepas tu nak pukul 10 baru start sebab rupanya diorang bagi sarapan dulu. Semua cikgu spbt dari seluruh sekolah rendah di PPD Petaling Utama, rasanya dalam 40 orang.

Mula-mula tu Encik Zul yang bagi briefing. Katanya sistem espbt baru nak implement tahun ni. Then cikgu rizwan (kalau tak salah la nama dia) bagi penerangan tentang espbt dan cara-cara nak guna. Nasibaik lah Yan ni pandai gak nak guna komputer ni. Harap aku yang slow komputer ni memang lambat le. Yang tak bestnya due date kena isi espbt ni Jumaat ni (27/2), harap2 tak hang la benda ni sebab ramai tu nak masuk.


Sebelum balik tu ada cikgu-cikgu yang minta softcopy lampiran F, lampiran g, surat penurunan kuasa dan pelan taktikal tapi aku fwd lepas sampai kat rumah. Bestnya dalam pukul 4 hujan lebat sangat dengan petir dan kilat. Dah lama tak hujan memang sejuk la rasa. Malam tu tengok kat telegram, ada lagi cikgu-cikgu lain yang minta softcopy... mula-mula tu problem gak emel ni, alhamdulillah lepas tutup dan solat maghrib, bila buka balik yahoo mail dah ok. Alhamdulillah dapat gak bagi kat diorang. Bila lagi kan nak buat pahala.. dua kali fwd tapi ok la dapat buat sedekah jariah.

No comments:

Post a Comment