Assalamualaikum...
18 Mac (Rabu)
Hari ni pergi lagi ke sekolah tapi takde lah awal macam semalam. Sampai sekolah dalam pukul 10.15 pagi. Bila masuk bilik guru, nampak kak mas, mani, kak fid dan azmi tengah berborak. Azmi makin berisi dan macam terbakar dah muka dia...katanya banyak aktiviti sukan dia kena handle. Aku bagi balik paper 1 kelas 6a kat kak mas. Kak mas kata buku tuisyen dah sampai tapi aku kata nantilah lepas cuti baru ambil. Harini masih lagi buat kelas tambahan kat bilik Wawasan, sejuk sikit. Aku nampak Kimi macam ngantuk je, aku suruh dia basuh muka. Lepas tu aku ke bilik guru dan ambil gula2 dan kacang untuk budak2 tu. On the way ke atas semula, terjumpa Azmi dan Rau tengah berborak. Rupanya Azmi datang sini sebab nak ambil isteri dia balik Terengganu. Bila bagi budak2 tu kacang dan gula2 barulah segar nampak sorang2. Kelas tambahan tak apa lah diorang makan, kalau dalam kelas memang tak bolehlah. Abis aku bagi gula2 kat kelas 6a sekali dengan Mani dan Azmi yang mengajar di sana.
Bila abis tu, nampak kak fid, yah, syuura dan rau kat bilik guru. Bila nak print kat pejabat, tak boleh la pulak.. Adoiii.. nasibaik rau kata dia ada kunci bilik pemulihan so aku pun taip sijil2 pengawas dan skuad denggi. Hmm yang susahnya bila buku register takde kat pejabat, camne nak tau no IC budak2 ni. Nak buat sijil2 ni cepat sebab dah sekolah nanti busy balik... dengar2 minggu lepas cuti ni ada macam2 aktiviti, ada minggu panitia bahasa inggeris, majlis pelantikan pengawas/pss/ketua darjah/penolong ketua darjah/skuad denggi dan program pusat sumber. Tiga program nak kena handle sekaligus dalam seminggu... masaklah camni.
Lepas tu pergi ke bilik pemulihan dan print sijil tapi sempat print pengawas dan skuad denggi je. Kena cari ic diorang kat buku register dari pejabat. Masuk bilik guru baru dapat makan nasi lemak yang kak mas belanja. Tu pun dah pukul 3 lebih. Ada sup ayam yang yah bawa tadi, so aku pun makan tu gak. Time ni otak dah blank so borak2 je dengan rau pasal cerita kat tv...hehehe. Bukan apa, otak dah jem pastu hari panas sangat, memang tak leh buat kerja lah. Lepas asar baru balik, time tu tinggal yah, syuura dan rau je tinggal kat sekolah. Guru besar pun dah balik. Kesian gb sebab takde kerani dan par... dah la penolong kanan camtu, ada penolong kanan pun macam takde. Semua kerja gb kena buat.
Sampai kat rumah tengok tv tapi memang membaralah. Panas tul tak leh nak buat apa, mandi pun panas gak. Lepas tu, apa lagi...chatting lah. Jumpa first time dengan chatter id metal zone, orang Sabah rupanya. Tak ramai orang harini, karpet pun tak gerak.
No comments:
Post a Comment