Assalamualaikum...
30 Mac (Isnin)
Malam tadi tidur pukul 2 pagi sebab nak siapkan rph untuk observe esok. Hmmm boleh lagi tu chatting. Teruk betul la perangai. Kepala dah pening ni sebab takde idea nak buat apa sebagai BBM. So dah siap buat rph, aku tidur dalam pukul 2 dan set alarm nak bangun pukul 5.15 pagi untuk buat BBM. Tapi kul 5.15 aku tutup alarm dan tidur balik....ngantuk betul tak leh nak buka mata. Pukul 6 aku bangun dan terus solat subuh baru aku buka laptop untuk print BBM, gambar kat living room.
So, alkisahnya terlambatlah aku ke sekolah hari ini. Sampai kat sekolah pukul 7.20 betul2 masa nak perhimpunan. Nampak Syuura dah pakai baju kurung beli hari Jumaat lepas. Heee...aku malas nak pakai baju baru tu awal2. Tengok lah esok ke... Aku tengok piala yang dibeli Jumaat lepas dah ada, beserta dengan hamper untuk johan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Rupanya piala tu dimenangi oleh kelas 1A bagi tahap satu dan 4A bagi tahap dua. Lepas tu diberikan pingat kepada kuartet 4x100 perempuan tahun 5 yang telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan balapan peringkat zon. Semua piala, hamper dan pingat telah disampaikan oleh PK Hem, encik Syed.
Lepas perhimpunan tu mengajar 6b. Harini kedatangan masih lagi tidak memuaskan sebab kebanyakan mereka menyertai pertandingan bola sepak di SK Sri Petaling. Ajar jela sape yang ada... Harini belajar tentang Things at the garden dan construct the sentences. Lepas tu ke kelas 4b pulak mengajar untuk pertama kali cara-cara menggunakan dictionary. Agak leceh tapi amat berguna untuk mereka nanti. Lepas rehat aku kena relief pulak 1A. Dalam perjalanan tu, terserempak dengan Jo. Kami berborak pasal tadi ada seorang parents yang komplen anaknya tahun 3 yang tak boleh mengeja tapi lulus linus bm dan maths.
Nasibaik kelas 1A, aku nampak budak2nya tak berapa teruk. Ramai yang boleh membaca rupanya. Kemudian di 4A, aku menguji murid2 tentang WH questions - possessive pronouns. Ramai yang tak ingat lagi topik ni... Lepas tu aku bercerita dengan murid2 berkenaan dengan tajuk minggu ini iaitu Rosemary and the four gutsy gnomes. Kusyuk aku tengok budak2 ni mendengar ceritaku. Then aku pergi ke kantin sebab rasa lapar sangat. Rupa-rupanya ada kak mas tengah minum sambil baca paper kat kantin. Dah abis makan baru aku print map UPM - SKSW untuk kak fid. Hmmm...panasnya rasa harini, maunya aku terlelap ni nanti. Ingat nak tanda kertas periksa tahun 6.
No comments:
Post a Comment