16 Mac (Isnin)
Pagi ni breakfast roti goreng je. Lepas tu siap2 nak ke mydin sebab dah janji dengan mak kan. Mula-mula mak hantar langsir untuk dipotong dan jahit kat bahagian bawah. Lepas tu baru beli belah di dalam mydin. Tak ramai orang la pulak hari ni. Barang2 dibeli hari ni pun takde la banyak mana, cuma aku ada beli benda2 nak hias kelas 4b. Bila balik tu, ambil balik langsir tadi tak sangka lak cuma rm20 je.
Sampai rumah terus kemas2 barang dan panaskan nasi sebab tadi ada beli lauk. Lepas makan tu tengok tv jap dan terus on lappy, sempatlah nak berchating. Panas betul hari ni sampai tak leh nak lelap. Dalam pukul 6 gitu minta kat Miq supaya dia req lagu yang cite dia Shahrukh Khan nyanyi kat atas keretapi tapi aku tak ingat nama lagu tu. Miq pun req la lagu tapi salah lagu... Dia request lagu tamil, hehehe.. sabar jelah. Nasibaik dj dunia tanya masa nak abis tu kat aku nak lagu apa. Sempat lah dia putar lagu tu. Maghrib tu sempat tengok sikit cite 'Teman lelaki upahan'. Rasa macam nak abis je cite tu minggu ni.

Malam tu dj dunia putar lagi sekali lagu yang aku request petang tadi... rupanya nama lagu tu Chaiyya chaiyya. Malu weh sebab lepas tu dia putar 2 lagu lagu khas ditujukan untuk aku,.. dua2 lagu tu tajuknya putri... 1 Zainal Abidin- putri dan 2 Hijjaz - Puteriku sayang. Sedih gak dengar lagu Hijjaz tu sebab teringat ada seseorang pernah nyanyikan lagu ni kat aku dulu. Hmm takpelah hidup perlu diteruskan.. Then last sebelum dj dunia keluar, aku request lagu Kiroro - Sayonara dai sukina hito. Dj dunia kata penyanyi sebenar bukan Kiroro tapi Hana Hana. Tapi betul la lagu yang sama.. bestnya dengar lagu tu. Antara intipati lagu tu ialah kita ucapkan selamat tinggal kepada orang yang rapat dengan kita dan juga kenangan, kita perlu pandang ke hadapan dan terukan usaha sehingga berjaya. Last2 bila DD keluar, tinggal aku dengan Hani je kat cb. Tidur agak lewat dalam pukul 1...hmm esok ada kelas tambahan...adoiii. Oklah daaa..tatitu...
No comments:
Post a Comment