Assalamualaikum...
4 Mac
Hmm... dah 2 hari tak berblog... Bukan apa, bz sangat2. Rabu haritu sibuk dengan lampiran espbt yang perlu dihantar ke ppd. Dah siap yang tu, kena taip, print dan laminate bahan2 untuk board HEM dan tampal. Alamakkk asik lupa nak paste kat sini board HEM tu... takdelah cantik sangat pun sebab aku tak pandai le bab hias2 ni, pasal tu lepas ni nak bagi kat Leney hias. Pastu sibuk lak suruh budak2 4B untuk bawa barang-barang untuk hias kelas mereka. Aku tulis kat papan putih bahan-bahan yang boleh mereka bawa, termasuklah cat, berus, langsir, bunga, tikar/karpet, lampu liplap, jam dinding, buku cerita atau pun rak buku. Lepas tu taip pulak ikrar pengawas, ikrar pengawas pusat sumber, ikrar ketua dan penolong ketua kelas dan ikrar skuad denggi untuk majlis pelantikan pengawas. Kemudian aku cari border and paste atas ikrar2 tu, then print dan laminate. Tak lama lepas tu Zizan kata tak jadilah buat hari Isnin depan sebab takut tak sempat, lagipun perlukan raptai nak buat pun. Lega rasa sebab aku memang tak sempatlah nak print sijil budak2 tu ada 92 orang, sebab tak cukup masa nak cari no ic atau surat beranak mereka. (lagi pun ada guru kelas tak tulis lagi no ic/surat beranak kat buku register...hmm) Malam tu ada siaran langsung Hafazan Quran, aku tengok sampai habis dalam kul 11 gak la tidur sebab penat sangat.
5 Mac
Semalam aku pun bz gak. Mula-mula kelas dengan 4b, aku tanya ada yang bawa barang2 yang aku pesan untuk hias kelas... Alhamdulillah, ada gak la sikit. Petang tu aku ada kelas tambahan..ramai gak la yang datang. Lepas tu borak2 dengan Mani tentang kelas dia dan 6a. Cantik kelas dia lepas ada langsir ni. Dah abis tu aku tulis kat RPH (rancangan pelajaran harian) Banyak tu nak buat, nasibaik ada kak fid, kak mas dan leney. Kak mas kata dia kena tunggu orang pasang2 mesin atm rotary tu siap pasang. So balik lambat lagi la. Kirim maggi goreng dengan leney. Rupanya asyuura tak balik lagi, dia menghias surau sebab kena guna masa pertandingan MTQ nanti. Rupanya Leney belanja kami semua. Tunggu sampai semua orang ok, lepas solat maghrib dan makan, kami berempat balik dalam pukul 8 lebih. Penat gile....lepas solat isyak, terus tidur.
Pagi ni tengok apa yang budak2 bawa. Ramai gak yang bawa buku cerita dari rumah mereka. Ada sorang yang bawa cat dan berus, ada yang bawa bendera, ada yang bawa barang hiasan termasuklah bekas bentuk ayam yang selalu orang letak telur tu.. hehehe. Bagus gak tu. Aku letak lah dalam tu dengan manik-manik dan guli yang seorang budak ni bawa. (Aku pun lupa nak amik gambar kalau tak, leh gak tunjuk kat sini) Sempat gak tampal bahan-bahan dari tahun lepas, tapi ada yang dah terkoyak...takpelah aku stapler gun je dulu, ada masa aku buat lain.
Aku pesan budak2 tu bawa lagi barang2 yang tak guna lagi di rumah seperti hiasan yang dapat masa kenduri kawin tu dan juga tikar. Kesian pulak tengok budak2 ni berebut nak duduk kat tikar ABC yang kecik tu...budak dah la 33 orang, mana nak muat semua. Lepas tu aku balik ke bilik guru dan cari benda2 yang boleh letak kat kelas 4b tu... terjumpa hiasan kecik2 yang Nini buat dulu serta bunga2 plastik budak2 ni beri masa hari guru dulu-dulu. Masa nak masuk kelas 4a, aku letak benda2 jumpa tu kat kelas 4b kejap. Kelas 4a aku ajar language arts dengan suruh budak2 cari adjective untuk Anil's mother. Masa rehat tu, budak2 4b kata budak 3a saja jatuhkan meja...hmmm budak2 memang ginilah. Lepas tu aku rasa lapar la pulak, p kantin dan bungkus nasi tomato. Masa tu baru teringat duit dah bagi kat Rau untuk beli cardholder.. Dengan perasaan malu yang menebal, aku kata kat Pakdin, lepas sekolah aku baru bayar sebab nak cucuk duit dah takde kat dompet. Nasibaik dia kata ok. Kelas 6b aku bagi kerja..mana leh tak bagi kerja kan... dah nak upsr tu.
Lepas habis sekolah, aku siapkan rph dan hantar. Then balik ke rumah sebab nak cucuk duit...boleh la makan sekali. Nasi tomato tu aku ingat nak makan petang nanti sebab ingat nak stay lambat nak tolong untuk mesyuarat pibg esok. Bila sampai kat rumah baru nak solat jumaat. Aku makan dulu then bila tengok kutbah tu terlelap kat sofa kejap dalam 15 minit. Lepas tu pergi Hero dengan mak sebab nak beli ayam dan barang2 dapur. Kesian mak seminggu ni asik balik lambat sampai nak kering barang masak. Dah abis beli2, hantar mak dan ke sekolah semula. Buat bahan untuk hakim setiap venue MTQ sebab tadi Rau dah bagi cardholder masa nak balik rumah. Then tolong yah dan rau serba sedikit touch up backdrop untuk pibg esok. Aku balik lepas siap dalam pukul 6 lebih. Aku tunggu lambat bukan apa.. aku AJK cenderamata, nak tunggu hadiah untuk AJK pibg tapi tak sampai2. YDP kata sampai pagi tapi sampai malam pun tak nampak bayang. Malam ni tengok tv jap lepas solat dan makan nasi tomato. Ok lah aku dah tak leh tahan ni... Daa...tatitu
No comments:
Post a Comment