7 Mac (Sabtu)


8 Mac (Ahad)
Harini genap setahun kehilangan MH 370. Aku banyak tengok tv sebab badan tak larat lagi...kan tiap hari aku balik kul 7. Tengok Jalan2 cari makan, melodi semua... Tu pun rasa badan penat lagi. Lepas tu leh terlelap lagi. Petang tu tidur lagi...ayokkk. Teruk tul rasa penat ni, rasa macam tak leh nak tahan dah. Bila bangun tu mandi baru rasa ok sikit. Siap2 pastu hantar adik dalam pukul 7. Masa nak balik tu hujan lebat. Dalam kul 8 tu adik whatsApp kata Harun Salim Bachik meninggal. Innalillah.. beliau baru 55, tetiba pengsan di rnr Bukit Semanggol. Sempat lagi tengok dokumentari tentang kehilangan MH 370 sampai pukul 10.30 malam. Lepas tu tutup tv dan baru mula buka laptop untuk buat teks untuk ucapan perhimpunan esok sebab kena berucap. Haha.. Gelabah gila kalau kena jadi mc ni. Sambil2 tu sempat lagi aku chat. Dalam pukul 2.30 baru siap taip dan print teks dan tutup laptop.
9 Mac (Isnin)
Pagi tu sampai sekolah pukul 6.45..huhu. Paling awal tahun ni. Sampai2 tu tengok kerusi tak disusun lagi dan bilik cikgu mat kunci lagi. Aku naik tulis nama, baru nampak ustaz sampai. Aku turun dan suruh budak2 angkat kerusi. Ustaz minta kunci dari Hazizan dan buka bilik cikgu mat dan keluarkan PA sistem. Tajuk ucapan aku Menjaga keselamatan di dalam bilik darjah. Pengumuman tentang pertandingan mutaqa di mana murid-murid tak perlu datang ke sekolah esok kecuali 6a, 6b, 5a dan 4a. Lepas tu Mr Thiru berucap sebab guru besar ada hal nak buat. Alhamdulillah perhimpunan berjalan lancar,,,
10 Mac (Selasa)
Harini datang awal..suruh budak2 angkat meja kantin kat tempat pendaftaran dan siapkan tempat pendaftaran. Lepas tu sempat lagi pergi kat venue2 untuk ambil gambar. Bila sampai kat tempat pendaftaran, tengok dah ada cikgu dari sekolah lain yang mendaftar. Dalam pukul 9 lebih baru habis sebab SK bandar utama damansara datang lambat sebab jem. Pastu terus ke bilik guru sebab tengok kat whatsapp, kak mas bawa nasi dagang. Sedapppp woooo... Lepas tu aku stapler kertas pekse tahun 6. Then pergi ke kelas 2b sebab murid2 4a duduk kat sana. Rupanya Rau dah ada kat sana. Ajar mereka cara2 main sahibba. Masa nak balik tu suruh 4 orang budak ambil tagging Hakim, Penjaga masa dan Juruacara majlis. Bila sampai di bilik guru, kak fid dah ambilkan bungkusan makanan untuk aku tapi malas nak makan sebab kenyang lagi makan nasi dagang. Kak mas ajak semua cikgu pergi ke dewan sebab majlis penutup nak start. Dari 6 orang peserta sekolah, Amrizal sorang je dapat tempat ke 3. Takpelah kira ok la ada gak yang menang.
Bila abis tu, borak2 la kat meja puaka tu... Eh ada tak aku cite pasal meja puaka ni dulu? Cikgu2 ni la panggil meja puaka sebab meja tu asik memanggil2 kitorang makan kat sana. Kak mas bawa makanan dari bilik wawasan ke meja puaka tu, lagi la best ramai2 makan. Lepas tu aku, leney dan syura pra pergi giant. Ajak gak kak fid sekali tapi dia kata dah kenyang. Aku bawa kereta sampai ke rumah, leney nak tumpang letak tilam kete dia kat rumah. Pastu naik kete Leney untuk pergi ke giant sebab nak makan kat secret recipe. Makan turkish indulgence dengan ice blended chocolate sebab tak banyak kek yang tinggal. Pukul 5.30 leney terperasan, dia nak amik anak dia kat sekolah agama. Cepat-cepat bayar dan hantar aku balik. Penat sangatnya..Malam ni kat tv alhijrah ada pentas agama..panelnya usaz kazim elias dan dato' mohd asri. Minggu lepas kan diorang berselisih pendapat tapi semalam dah berbaik semula.
No comments:
Post a Comment