24 Mac (Selasa)
Pagi ni masa terbau gak sesuatu tapi tak pasti apa. Mula-mula tu ingatkan bau dari kilang arak depan ni.... Kelas lambat sikit pukul 9 tapi hari ni ada bengkel penulisan dari PTS Publishing. Ikutkan buku program, ceramah start pukul 7.30 tapi disebabkan ada seorang penceramah tu tersekat dengan jem, so dia start pukul 9. Sedang elok je dengan kelas 6b...hmmm Spoil je aku tak dapat ngajar. Kalau tak silap nama penulis tu Azanil Fitri, tak pernah pulak aku dengar..maklumlah aku kan jarang baca buku2 novel dan komik ni. Sempat aku tanda kertas periksa kat dewan masa dengar ceramah. Ceramah abis kul 10.30, lepas tu budak2 rehat dan kelas mula balik kul 11. Aku sempat ke kantin dan tengok apa yang ada... ada nasi kerabu tapi Farhana kata nasi dia lembik sikit, tak sesedap yang kita-kita buat. So aku pun tapau nasi lemak je la.
Lepas tu ngajar kat 4a dan 4b. Tengok dah ok sikit kesan cat minyak tumpah kat 4b. Hari ni nak ajar sikit budak2 yang main-main dalam kelas. Aku bagi balik bila dah siap. Yang dapat balik on time budak2 yang senyap dan rajinlah. Yang lain tu memang lambat lah dapat balik....mana taknya, berborak, main2 je mana nak siap kerja. Aku tunggu sampai pukul 1.45. Ada yang kena tinggal bas dan van aku tak peduli. Lagi pun kali ni je, lepas ni gerenti budak2 tu tak berani lagi nak main-main dalam kelas. Tengok-tengok nampak Cikgu Syed dan beberapa orang parents dah tunggu kat bawah. Hmmm... terpulanglah..
Lepas tu buatlah rangka rph tapi macam takde mood sebab ramai dah balik awal. Dalam pukul 3.30, aku dan kak fid pun tutup bilik guru dan balik. Masa drive tu hujan lebat. Mak kata ada katalog Giant start Khamis ni. Ada jual botol air macam yang aku beli Jumaat lepas. Bila tengok katalog tu, adoiiiii ruginya rasa. Botol air yang sama tapi harga berbeza. Aku beli Rm19.99 tapi kat katalog tu jual RM10 je. Hmmm...takde rezeki nak dapat murah.

No comments:
Post a Comment