Tuesday, 17 March 2015

Kelas tambahan di Bilik Wawasan dan beli barang hiasan untuk 4b..

Assalamualaikum...

17 Mac (Selasa)
Pagi ni sarapan nasi goreng ala kadar je sebab ada kelas tambahan pukul 8, takut tak sempat. Sampai kat sekolah, nampak macam takde orang kecuali guru besar sebab nampak kereta dia. Lepas tu ambil kunci bilik Wawasan dan on aircond. Ngajar budak 6b best sebab sejuk dan budaknya pun 7 orang je. Sempat ngajar section A dan section B.. Lepas abis, tanda kertas periksa haritu, sempat paper 1 je 6a dan 6b. Kus semangat bila tengok markah budak2 ni...hmm macam2 kena buat lepas ni. Need an energy booster to lighten up my spirit. Balik kul 1, kak fid tak abis lagi mengecat kelas 6b.

http://prntscr.com/6hthst
Sampai kat rumah tengok tv dan lunch dengan mak. Ada lagi cite 'Home decor survivor'. Lepas tu siap2 pergi maybank nak bayar hutang kereta, pergi kedai My1 shop dan Super Rubber beli barang2 untuk hias 4b. Guli kat My1 shop rm2.50 tapi kat Super rubber rm1.90 je. Lain kali tau la nak beli kat mana murah. Then menyempatkan diri masuk cb airbornefm.. Masuk2 je ada dj dunia terus putarkan lagu Zainal Abidin - Puteriku dan Hijjaz - Putriku sayang dan lagu Chaiyya chaiyya. Perli la tu...adoi. Dia ni kan..sabar jela. Rotan gak nanti.

Petang tu dengar ceramah agama kat cb airbornefm oleh ustaz Kazim Elias bertajuk Adab semasa berqada hajat, Yang aku ingat, adab pertama adalah menutup kepala, selain tu hendaklah duduk. So lelaki yang nak kencing tu tak boleh la kencing berdiri. Berborak masa qada hajat pun hukumnya haram, seeloknya berdehem.

No comments:

Post a Comment