Thursday, 19 March 2015

Reunion dengan bekas anak murid SK Bandar Pusat, Jengka di uia pj

Assalamualaikum..

19 Mac (Khamis)
  Pagi ni breakfast mee goreng. Lepas tu pergi dengan mak ke pasar tani dekat rumah abang..pusing2 nak cari parking je nak dekat 20 minit. Nasibaik dapat beli mug termos walaupun cina tu dah packing barang2 dia. Beli sampai dua mug sebab murah dan susah pulak nak cari selama ni..RM10 je pun. Lepas tu naik kejap kat rumah abang, makan apam balik dan minum air kelapa muda beli kat pasar tani tadi. Panas tul harini, berpeluh2. Tak lama lepas tu pergi kat kedai cermin mata yang biasa tu tapi kedai tu tutup lah pulak. Pelik gak rasa,takpe2 nanti kita call kedai tu ye mak. Sebenarnya mak nak buat cermin mata, katanya tak berapa clear dah cermin mata lama tu.


 Lepas tu cepat2 pergi ke kfc sebab dah niat nak belanja bekas anak murid masa mengajar kat SK Bandar Pusat Jengka dulu. Nasibaik takde orang masa tu so sampai kat uia pj tepat pukul 12. Then tunggu Ainal kat depan wakaf sebelah guard. Tak lama lepas kami pergi kat cafe, Kina pulak sampai. Borak2 sambil tunggu Syeera sampai. Syeera sampai dalam kul 1, lepas tu baru kami makan kfc tu. Bagus si syeera ni tak malu nak makan (hehe).. yang lagi dua orang tu pemalu, sama macam diorang sekorang rendah.


Dapat ambil gambar dua orang je tadi..lagi seorang dah pergi kuliah petang. Dua2 lagi tinggi dari aku..hehehe. Balik dalam kul 3.30 terus ambil mak untuk pulang ke rumah. Petang tu makan then tengok tv ada ustaz kazim. Sempat tengok Suami sebelah rumah dan Teman lelaki upahan kat tv3. Malam tengok Ehwal islam kat tv1 ada lagi ustaz kazim, dr maza, dr ridzuan tee dan ustaz nazmuddin (abang ustaz kazim) sambil chatting.



Anyway, thanks Ainal Farihah Buhari, Nur Syaheerah Muhammad and Nur Syakina Alwi for the memories yesterday. Maybe we can meet up next time ok?

No comments:

Post a Comment