Assalamualaikum..
Macam biasa, ke kelas awal-awal pagi. Masa rehat kejap je, so tak dapat nak tolong Fara dan Yati untuk membalut dan melabel hadiah sempena mesyuarat agung PIBG yang akan diadakan Sabtu ni. Masuk je kelas 4B, aku berbincang dengan murid-murid tentang pertandingan keceriaan kelas. Aku menuliskan bahan-bahan yang boleh mereka bawa ke sekolah untuk menghias kelas mereka. Nampak seronok sangat mereka dengan projek ni. Lepas tu pukul 11.30 kena relief 4A kelas cikgu mat sebab dia terpaksa keluar. Masa ni aku cuba beberapa orang murid bermain scrabble. Disebabkan masa tak mencukupi, tak sempat sangat nak mengajar budak-budak tu sangat. Lagipun aku dah lama tak bermain scrabble.
Lepas abis kelas tu aku pergi ke bilik guru untuk mengambil bahan untuk ditampal di board HEM. Tengok-tengok stapler gun rosak pulak, nasibaik ada yang lain. Nak masukkan kunci kat tempat kunci board tu pun terkial2 sebab kunci dia lain sikit. Puas hati gak la bila dah abis tampal kat situ. Tinggal tempat untuk Unit keceriaan je kosong dan touch up sikit2 lagi. Lepas tu pergi makan kat kantin. On the way tu tengok Yah dan Rau tengah buat backdrop untuk hari panitia Bahasa Malaysia. Sempatlah berbincang dengan Encik Syed tentang HEM dan hari pelantikan pengawas. Lepas tu dapat tau dari Azian kena isi borang online pppm. Aku pun terus buat...tengah2 tu line terputus. Cuak gak, mana la tau kot2 nanti diorang kata aku jawab separuh je. Then aku pun guna line altel... mula2 tu hang gak lah. Then aku pergi ke pejabat dan guna line pejabat. Alhamdulillah lepas. Lepas tu nampak sorang mak ni tunggu kat depan bilik guru..pelik gak. Rupanya dia tunggu kak Mas, mak Sahidah Syahirah. Aku dan kak fid tak dengar sebab sibuk dengan kerja sendiri.
Petang ni balik awal dalam pukul 4. Esok ada kelas tambahan so harini balik la awal sebab esok sure balik lambat punya. Balik2 tengok mak dah masak laksa penang.....sedapnya bau terus cedok dan makan sambil tengok cerita korea. Masa maghrib tu ada ceramah agama ustaz kazim kat cb airborne. Best dengar sama2 dengan mak, lama gak...
No comments:
Post a Comment