23 Mac 2015 (Isnin)

Sebelum masuk kelas 4b, sempat bagi sijil pelantikan pengawas, pegawas pusat sumber, ketua darjah, penolong ketua darjah dan skuad denggi dan surat pelantikan hem. Lepas tu kat kelas 4b, nampak cat minyak tumpah. Marah gak la kat sorang budak ni, lepas tu suruh dia buang semua paper yang melekat kat cat tu. Teruk gak dia tarik paper tu sebab dah kuat lekatnya...bukan apa, aku nak ajar budak tu lain kali jangan main dalam kelas. Lepas tu panggil kakak cleaner tu kemaskan. Rupa-rupanya cat ni tumpah Jumaat sebelum cuti dulu, 13hb. Patutlah dah keras tak leh nak buat apa. Masa tu ada cikgu pulak tu, nape la diorang tak panggil cleaner je masa tu... Lepas tu Mani lak masuk 4a tu sebab dia kena relief Najmatun. Aku stay dan borak2 dengan dia sebab nak register SAPS, alang2 dia bawa laptop dia dan isi buku bertugas.
Lepas abis sekolah, nampak Yati dan Yah buat board untuk keceriaan. Cantik gak diorang buat. Bila masuk pejabat untuk fotostat bahan bahasa Inggeris, rau bagitau yang dia kena jaga pejabat sebab kerani memang dah takde, PAR pulak pergi melancong. Kesiannya sekolah aku ni....
Then tetiba je kilat, hujan turun dengan lebatnya. Tak leh nak balik dan perut pun mula la rasa lapar..Masa nak ke kereta tu, nampak la kantin buka lagi...aiseyyy ingatkan dah tutup. Kat kantin nampak ayah Elham dan Ehsan datang jumpa anak2 dia. Balik tu terus solat dan makan. Lepas tu mulalah rasa ngantuk pulak sampai tertidur kat sofa masa tengok tv. Malam tu tengok 'Teman lelaki upahan' lepas tu makan dan chatting kat cb. Kat Buletin Utama ada berita tentang kemahkotaan Sultan Johor dan kematian Lee Kuan Yew (bekas Perdana Mentari Singapura pada usia 91 tahun). Tengok kejap je Majalah 3 tentang Kemahkotaan Sultan Johor. Chatting sampai kul 1 lebih. Mata pun dah ngantuk ni... so daaaaa.. tatitu.....
No comments:
Post a Comment