Assalamualaikum...
20 Mac 2015 (Jumaat)
Harini makan pulut kuning dengan sambal bilis, tengok tv dan chatting je. Rasa malas nak pergi sekolah sebab kat whatsApp group takde pun cikgu2 ni post apa2..,maksudnya takde siapa pergi sekolah la tu. Bosan rasa sebab tak leh nak tidur, hari panas sangat. Petang tu pergi ke Giant besar sebab nak bayar bil U-mobile, lepas tu terus singgah kat pasaraya giant. Dapat gak beli cool blog dan kek secret resipe. turun dengan lebatnya sampailah ke malam...best tul sebab dah lama tak hujan kan?Sambil melayan radio di cb, mula buat sijil untuk pelantikan pengawas, pegawas pusat sumber, ketua darjah dan penolong ketua darjah. Bukan chatting sangat pun, just nak dengar lagu tapi line slow sangat harini...radio pun jadi sekat2.
Malam sambung lagi buat sijil dan print. Semua sekali ada dalam 90 sijil nak taip..susah tul kalau cikgu kelas tak nak isi biodata budak dengan lengkap. Hmmm... Sempat lah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus kat cb Airbournefm tapi memang teruk sekat2nya. DD bagi link radio tu tapi sama gak. Dah abis buat sijil, berhenti kejap untuk makan malam dan tengok tv3 cite 'Cinta Ilahi' last episod malam ni (endingnya macam tergantunglah pulak) Dah abis tu ada cerita 'Narnia : Prince Caspian' tapi malas nak tengok. Aku taip surat pelantikan HEM pulak tapi mata dah tak larat, lagipun mak dah ngantuk. Aku tutup lampu dan chat..malam ni tak ramai orang so awal gak la aku tidur. Esok nak pergi awal ke rumah abang sebab nak p wholesale Scholl kat depan tu. Ok la dah ngantuk. Nite... daa... tatitu.
No comments:
Post a Comment