Assalamualaikum...
Maaflah semalam tak dapat berblog...terlalu penat. Masa tengah free, ada seorang budak 4B kata dia muntah 2 kali. Aku pun suruh dia baring kat katil di bilik guru, sapu ubat dan beri dia amik untuk minum. Tak lama lepas tu kawan dia pulak datang, kata muntah gak. Aku suruh dia pergi ke katil di sebelah bilik Encik Syed, sapu dia ubat dan beri dia minum air mineral (air mineral ni guru besar yang bagi..gb pun tolong buka pintu bilik tu dan buka tingkap sekali) Lepas tu memang dah takde masa nak buat kerja sebab terus pergi ke kelas budak dua orang tu, 4B untuk mengajar. Fuhhh!! Nasibaik harini tak jadi buat pelantikan pengawas sebab tag tak siap lagi. Then dah abis kelas aku call Encik Zul sebab ingat nak hantar buku teks lebih kat PPR Lembah Subang.
Sampai di sana lebih kurang pukul 2.. aku dan Syuura tunggu dalam 10 minit, Encik Zul naik motor je dari SMK Lembah Subang sebab harini ada pemulangan dan pengambilan buku antara daerah. Kami sempat la sembang pasal buku teks sambil2 aku tulis borang pemulangan dan Syuura ambil buku-buku yang tak cukup. Habis semua dah pukul 4, sampai sekolah terus solat. Then aku ajak Syuura pergi makan dengan anaknya Amir. Teringat nak tengok kedai tomyam sebelah surau tu dah buka ke belum. Wahhh!! Bestnya dah buka sebab dulu-dulu selalu makan dengan Nini kat sini. Bertahun gak la tak makan kat sini. Syuura pun tak tau pasal kedai ni. Makanan dia semuanya sedap terutama tomyam tapi aku order nasi goreng paprik. Ada 5 orang budak2 sekolah tu makan kat situ lepas abis latihan olahraga.
Lepas tu balik kat sekolah, ingat nak sambung buat kerja tapi aku solat dulu .... lepas tu .... opsss .... alamakkkk baru teringat. Aku dah janji nak pergi dengan mak ke rumah jiran, Maksu sebab dia buat makan2 sebab dapat kutu. Masa teringat tu dah pukul 6 lebih. Sampai di rumah nampak rumah maksu dah sunyi...hmmm malas la nak pergi rumah dia dah tutup tu. Mak kata dia pergi tadi pukul 4 lebih tapi mak kata maksu ada bagi pecal. Aku pun makan lah..hehehe. Masa ni memang rasa dah tak leh tahan mata dan badan pun rasa lemah sangat. Harini pun panas sangat. Lepas solat isyak aku dah baring-baring. Bila badan dah penat, mata dah ngantuk ... apa lagi.. memang terlelap lah..
Harini pagi-pagi aku pergi ke BOSS sebab nak ambil cd dan buku muzik yang cikgu Yusni minta kat wasap malam tadi. Lepas tu aku dapat jadual waktu baru, start esok. Teringat pulak SPM keluar hari ini. Macam mana lah result SPM kawan2 chat tu ye, Harap2 mereka dapat yang terbaik hendaknya. Aminn... (Apalah agaknya result Qis ye..hmmm) Masa rehat tu aku tampal gambar2 aktiviti spbt di board spbt. Ada gak budak-budak yang bertanya apa aku buat... Masa yang sama Syuura tambal kain kat board ko kurikulum. Sebelum masuk 4b, sempat lagi pergi kantin beli nasi..bukan apa takut lapar nanti ingat nak balik lambat macam semalam.
Lepas abis sekolah, aku taip bahan-bahan untuk board hem...senarai nama skuad denggi dan nama pengawas. Selain tu edit dan print lampiran espbt yang nak kena hantar selewatnya Jumaat ni. Tetiba je hujan lebat...Woww bestnya... walaupun takde lah lama sangat. Then sempat minta gb sign dan cop semua surat2 tu dan laminate bahan hem tu. Esok leh la hantar bila pk hem dah sign. Bila hujan dan kurang, aku solat pastu balik sama dengan Leney dan anak2nya. Kat rumah aku makan lauk yang beli tadi. Then tunggu solat maghrib.. sempat tengok "Kalau dah jodoh"- ustaz Kazim. Malam ni sempat la online jap tapi mata ala2 sepet gitu..tapi sempat lagi print senarai nama pengawas, esok leh laminate dan tampal kat board. Esok kena tolong fara dan yati sebab jadi AJK pibg sabtu ni. Hmm..
No comments:
Post a Comment