Assalamualaikum...
26 Mac (Khamis)
Tak banyak yang dapat recall balik apa yang buat harini kecuali hari ni ada raptai untuk Hari pelantikan pengawas lepas rehat. Aku dapat relief 2a pulak dari 1130 - 1230. Lepas rehat tu, Zizan suruh pengawas, pss, ketua dan penolong ketua darjah dan skuad denggi masuk ke dewan. Nasibaik ada jo dan rau datang membantu untuk mengawal budak2. Petang tu ada kelas tambahan 6b. Kak mas ada offer untuk ganti kelas Mani tapi aku tolak sebab nak tolong ikat ribon kat sijil budak2 ni dan buat buku program untuk majlis tu. Erniza tak datang harini dan esok so dia tak dapat buat tapi dia emel kat aku buku program tu.
Lepas kelas tambahan, aku tolong ikat riben dan tengok kat emel. Nasibaik erniza dah emel soft copy buku program, terus print kat pejabat dan fotostat dengan kak devi. Mula2 tu mencari gak suis nak buka pc kat opis tu, tanya kat kak devi, dia kata tak tau. Lagipun rau dah balik. Lepas tu leney dan Waha datang tolong. Kebetulan ada kerani dari ppd kat kuala selangor call pasal KEW 8 Amir. Nasibaik ada leney dan kak mas sebab kak devi tak reti nak menulis. Lepas abis print and fotostat tu baru perasan ada 1 muka je buku program Hari pelantikan pengawas. Masa tu aku dan Leney dah hias kulit luar buku program tu.
27 Mac (Jumaat)
Lepas sekolah, aku, rau, ustazah syura dan kak fid pergi beli piala pertandingan keceriaan. Kedai tu kat Subang, on the way nak ke Mydin. Mula2 harga rm50 tapi dapat murah sikit rm45 jadi rm90 la sebab beli dua sebab untuk tahap 1 dan tahap 2. Lepas abis tu, pergi ke kedai kasut yang jual baju murah tu. Nama kedai tu Focus Shoe tapi jual baju. Aku sempat amik sehelai baju kurung dan jubah yang berharga RM29.90. Janji dengan rau dan kak fid nak pakai jubah tu Jumaat depan.
No comments:
Post a Comment